Tuesday, April 9, 2013

INFO PENJIMATAN ELEKTRIK

Sedikit Info Untuk Pengguna Elektrik;


JIMAT ELEKTRIK, KURANG BIL ELEKTRIK 


Sebagai seorang pengguna, tidak kira pengguna domestik ataupun komersial, perlu menjimat
penggunaan tenaga elektrik. Ini kerana bukan sahaja bil elektrik meningkat tetapi wujudnya
pembaziran penggunaan elektrik yang berlebihan. Penggunaan tenaga elektrik secara
berhemat dapat mengurangkan bil elektrik kerana mulai 1 Jun 2011 kerajaan mengumumkan
tarif baru bagi penggunaan gas dan elektrik.
Bagi golongan yang suka membazirkan tenaga elektrik di rumah mahupun di tempat kerja
anda, mungkin kenaikan tarif ini akan merasa bebanan. Manakala pengguna domestik yang
menggunakan tenaga elektrik melebihi 301 kWj ke atas mungkin akan merasai bahang
kenaikan tarif elektrik dalam bil elektrik mereka.
Pengguna komersial pula seperti perdagangan dan perindustrian pula dikenakan tarif elektrik
yang lebih tinggi daripada pengguna domestik kerana sektor ini menggunakan tenaga yang
lebih banyak.
Oleh yang demikian, seorang pengguna yang bijaksana, anda haruslah menjimat tenaga
elektrik dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
1.
Menutup suis lampu, kipas dan peralatan elektrik lain yang tidak digunakan.
2.
Mengeluarkan palam daripada soket utama, kerana jika ia masih melekat pada soket
utama, tenaga elektrik tetap mengalir.
3.
Menggunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga kerana menggunakan tenaga yang
sedikit.
4.
Jangan meletakkan komputer atau apa-apa peralatan elektrik dalam keadaan ‘Mod Sedia
Ada’ ataupun “Standby Mode”.
5.
Jangan terlalu kerap buka pintu peti sejuk.
Jika anda dapat mengubah cara hidup anda dengan mengambil langkah-langkah penjimatan
elektrik, maka anda akan dapat mengurangkan jumlah bil elektrik anda sedikit demi sedikit

Sunday, July 18, 2010

Jimat Duit Dengan Cara Penggunaan ELEKTRIK yang Betul.

Lampu

  1. Lampu kalimantang kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampukalimantang biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampuini dapat menjimatkan tenaga.
  2. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran
    tenaga.
  3. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah
    dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
  4. Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini,
    terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah
    ditutup. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti
    rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu
    mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
  5. Jika tidak inginkan cahaya yang terlalu terang di tempat-tempat tertentu, pilihlah mentol yang kurang kuasanya. Mentolnya 75 watt atau lampu kalimantang menggunakan 25% kurang tenaga elektrik berbanding dengan mentol 100 watt.
  6. Bilik yang mempunyai warna dinding yang gelap akan menyerap lebih banyak cahaya. Ini akan menyebabkan bilik kelihatan lebih terang.
  7. Letakkan lampu di sudut bilik. Ini lebih berkesan kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
  8. Lampu kalimantang adalah empat kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama.
  9. Mentol mempunyai kuasa efisien lebih mahal, tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang dan lebih ekonomik pada jangka panjang.
  10. Tutup lampu apabila keluar bilik.
  11. Tukar lampu untuk kawasan luar rumah dengan lampu halogen.

Kipas dan Penghawa Dingin


  1. Penapis pendingin hawa mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.
  2. Kompressor mesti dibersihkan. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan terlebih dahulu). Pastikan tumbuh-tumbuhan terletak 1 kaki daripada kompressor.
  3. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
  4. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
  5. Set kipas pada pendingin hawa kepada "ON" daripada "AUTO". Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
  6. Beli alat pendingin hawa yang bersaiz betul untuk kegunaan di rumah atau pejabat. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/ buka secara kerap.
  7. Setkan suhu pendingin hawa di antara 24°C hingga 26°C, iaitu paras rendah (24°C) semasa cuaca panas dan paras tinggi (26°C) pada musim hujan. Seboleh-bolehnya gunakan aliran udara semula jadi.

Thursday, July 15, 2010

Sejarah penemuan ELEKTRIK



Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (1775–1836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.


ms.wikipedia.org